ROADSHOW kafe@TEEN DI SMK TAMAN MELATI
Roadshow kafe@TEEN Ibu Pejabat KL bagi sesi 2010 telah memulakan tirainya di SMK Taman Melati bersempena
Minggu Disiplin pada 27 dan 28 Januari 2010. Sambutan yang diberikan amatlah memberansangkan di mana lebih
dari 200 orang pelajar telah mengunjungi booth kafe@TEEN untuk mendapatkan maklumat mengenai kesihatan
reproduktif. Dua orang sukarelawan kafe@TEEN turut menglibatkan diri dalam roadshow kali ini. Penglibatan beberapa
agensi lain seperti Agensi Antidadah Kebangsaan, PDRM dan Hospital Kuala Lumpur telah memeriahkan lagi pameran ini.
Sambutan yang amat memberansangkan sepanjang roadshow di SMK Taman Melati.

Teen Educator dan sukarelawan kafe@TEEN sedang memberi penerangan. Anggota PDRM juga tidak ketinggalan melawat booth kami