Halaman Utama Topik Terkini Pos Terkini Carian FAQ  

eForum kafe@TEEN

eForum ini hanya untuk ahli kafe@TEEN yang mendaftar sahaja,
sila daftar keahlian untuk mengikuti topik e-forum ini.
recent posts from all forums - RSS

Umum

Kehidupan Remaja

Thread
1
Post Terbaru
26.06.2010 14:46 - Pelawat

Remaja Dan Internet

Thread
0
Post Terbaru

Isu Perhubungan

Thread
0
Post Terbaru

Isu Keluarga

Thread
0
Post Terbaru

Pengurusan Berat Badan

Thread
1
Post Terbaru
26.03.2010 16:45 - arbaah_TE

Berhenti Merokok

Thread
1
Post Terbaru
13.06.2010 12:30 - DrAzura

Kesihatan Dan Seksualiti Remaja

Thread
2
Post Terbaru
20.05.2010 11:16 - DrHamizah

Penyakit Jangkitan Seksual/HIV/AIDS

Thread
1
Post Terbaru
25.05.2010 23:41 - DrAzura


Informasi

Pengguna Online 1   Ahli 0   Pelawat 1

Thread 6   Post 32   Ahli 43


Post Terkini

26.06.2010 14:15:03
Topic:
MASALAH PERTUTURAN

arbaah_TE
arbaah_TE
Administrator
Posts: 2
.
13.06.2010 12:30:31
Topic:
Ingin berhenti merokok

DrAzura
DrAzura
Posts: 3
Assalamualaikum,

Selamat menyambut Ramadhan buat adik-adik pengunjung Portal Kafe@teen. Moga bulan yang mulia ini dapat kita rebut peluang-peluang untuk mendapat keberkatan, keredhaan dan keampunan dari Allah.
Bagi adik-adik yang ingin berhenti merokok, maka bulan yang penuh barakah inilah masa yang amat sesuai untuk membuat perubahan dari status sebagai 'perokok' kepada status 'bebas rokok' kerana ketika berpuasa adik-adik telah berjaya berpuasa 'rokok' selama lebih kurang 12jam...bermaksud kesan ketagihan itu dapat dihadapi dengan jayanya dalam tempoh tersebut. Ini bermaksud setiap perokok mampu berhenti jika niat dan keazaman kita kuat untuk membersihkan diri kita dari racun dari asap rokok dan mengurangkan risiko mendapat penyakit respiratori (chronic bronchitis, emphsema), penyakit jantung koronari, darah tinggi, stroke, masalah 'mati pucuk' untuk lelaki dan pelbagai jenis kanser seperti kanser paru-paru, kanser mulut, tekak, usus dan lain-lain.
Buatlah keputusan untuk berhenti merokok sekarang kerana kehidupan adik-adik akan lebih bermakna untuk diri sendiri serta untuk orang-orang yang tersayang. Pengalaman saya kehilangan orang-orang tersayang akibat kanser sungguh menyedihkan...Jika perlu, dapatkan bantuan untuk berhenti merokok dari Pusat Remaja Kafe@teen atau Klinik-klinik berhenti merokok berhampiran tempat tinggal anda. Semoga Berjaya Bebaskan Diri dari Ketagihan Nikotin!!!
27.03.2010 14:08:59
Topic:
Ingin berhenti merokok

DrHamizah
DrHamizah
Posts: 6
Tahniah kepada Apit. Baguslah dapat berhenti sendiri. Nak cerita keburukan merokok tak muat tempat, berjela panjangnya. Bila dah lama merokok paru-paru boleh rosak. Kesannya tak nampak peringkat awal. Tapi yang pasti, jika dah 5 tahun lebih merokok, pasti mencungap lepas setengah jam lari main bola. Para-paru tak dapat kembang dengan bagus, anda mudah mencungap apabila berlari atau bersukan. Lagi lama merokok kesannya merebak ke bahagian lain seperti saluran darah dan jantung. Tu yang darah tinggi dan sakit jantung. Untuk remaja, tentu senyum kurang menawan, terutama yang perempuan, kerana gigi jadi berkarat dan busuk bau mulut!
26.03.2010 16:45:59
Topic:
Mitos Pemakanan

arbaah_TE
arbaah_TE
Administrator
Posts: 2
Ramai remaja percaya terhadap mitos mengenai pemakanan sihat sebagai contoh :

Kita boleh makan apa saja yang kita mahu dengan alasan kita bersenam. Namun tahukah remaja pemakanan sihat dan bersenam tidak memberi anda lesen untuk memakan apa saja yang anda mahu. Kita semua memerlukan nutrien yang sama, sama ada kita bersenam atau tidak.

Oleh itu, jika anda ada sebarang kemusykilan di antara fakta dan mitos pemakanan, anda boleh kongsikan di sini.
26.03.2010 16:02:55
Topic:
Ingin berhenti merokok

apit
apit
Posts: 1
sy pun dulu perokok jugak...ms time sek ren..sebab nk cuba n nk ikut member merokok..tapi cuma beberapa tahun je pastu tetiba rasa nk benti lak...nak benti merokok ni boleh guna psikologi gak...time tu fikir hygin la...merokok leh wat badan bau n mulut kaler kuning n bau...kang awek x nk dekat lak ka...tu yg dapat benti terus tu...sampai la skg da benti...Whaaaaa?
26.03.2010 15:53:36
Topic:
Ingin berhenti merokok

zamil
zamil
Posts: 1
yup! syer pun same gak,rase nak berenti tp susah, mrokok dlm tmpoh hmpr 6 thun, adakah kesihtn saye dah terjejas? kekadang tgk gmbr paru2 itam tu, takut gaks,
25.05.2010 23:41:48
Topic:
Hubungan Seksual

DrAzura
DrAzura
Posts: 3
Adik Aiman...
*HIV - adalah singkatan kepada 'Human Immunodeficiency Virus' iaitu virus yang menjangkiti manusia dengan cara melemahkan sistem ketahanan badan manusia. Virus ini akan menjangkiti manusia melalui hubungan seks (homoseksual/heteroseksual/biseksual) dengan orang yang dijangkiti, penagihan dadah (berkongsi jarum suntikan), dari ibu yang dijangkiti kepada bayi dalam kandungan (ketika hamil, ketika melahirkan dan melalui penyusuan ibu), pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV. Virus ini akan menyerang sel darah putih (sel CD4) yang berfungsi untuk melawan kuman yang masuk ke dalam badan manusia. Virus ini lama-kelamaan akan memusnahkan sel CD4 secara perlahan-lahan menyebabkan ketahanan badan melawan penyakit akan berkurangan.




*HIV akan menyebabkan penyakit AIDS. AIDS - Acquired Immunodeficiency Syndrome (Penyakit yang berlaku akibat jangkitan HIV menyebabkan daya tahan melawan penyakit lumpuh dan mempunyai sekumpulan gejala-gejala tertentu ). Pada peringkat awal jangkitan virus HIV selalunya pesakit tidak menunjukkan gejala dan tanda sehinggalah beberapa tahun kemudian. Apabila pesakit telah sampai ke peringkat AIDS (selalunya selepas 10 tahun virus HIV memasuki badan pesakit) pesakit akan mempunyai gejala-gejala seperti hilang berat badan (>10%), demam yang berpanjangan, cirit-birit, mudah mendapat jangkitan lain seperti fungus, herpes virus, cytomegalovirus, radang paru-paru (pneumocystis carini pneumonia) dan lain-lain, mudah mendapat barah-barah tertentu seperti barah kelenjar (lymphoma) dan karposi sarcoma. Peringkat AIDS dapat ditentukan apabila bilangan sel CD4 < 200 sel/cubic mm darah dan pesakit mempunyai gejala di atas.

Sekian...from Dr. Azura, LPPKN Penang.
25.05.2010 15:41:48
Topic:
Ingin berhenti merokok

DrHamizah
DrHamizah
Posts: 6
Untuk berhenti merokok memerlukan azam yang kuat dan dan bantuan perubatan. Kajian menunjukkan, untuk berjaya berhenti, hendaklah dipantau dengan proses kaunseling berterusan dan bantuan ubatan seperti ubat gantian nikotin. Perkhidmatan ini ada di klinik kami dan saya amat mengalu-alukan kedatangan anda untuk mendapatkan bantuan tersebut.
Selamat mencuba.
25.05.2010 09:28:36
Topic:
Ingin berhenti merokok

aiman
aiman
Posts: 2
Saya mula mrokok sjak form 4, sekrg hampir5 tahun saya merokok, saya nak berenti tapi sush sbb ketagih, ada nsihat or petua tak tuk sy?
24.05.2010 17:11:06
Topic:
Hubungan Seksual

aiman
aiman
Posts: 2
Saya nak tahu, apa bezanya HIV dan AIDS?
21.05.2010 08:51:01
Topic:
Hubungan Seksual

DrHamizah
DrHamizah
Posts: 6
Azie,
Sekiranya remaja tu disahkan mengandung, pertama sekali beritahu orang yang dipercayai seperti ibu-bapa, guru, kaunselor atau doktor. Kemudian dia boleh berbincang dengan ibu-bapa seterusnya akan tindakan selanjutnya samada mahu meneruskan kandungan dan apa rancangan masa depan untuk anak yang bakal dilahirkan. Penting juga membincangkan apa perlu dibuat semasa mengandung samada mahu menangguhkan persekolahan.Memang ibu-bapa akan marah, tetapi jarang yang membuang anak. Jika itu berlaku, remaja itu boleh mendapatkan perrtolongan dari kafe@TEEN, Jabatan Kebajikan mMsyrakat atau badan NGO. Nak contact no boleh dapatkan dari kafe@TEEN juga. Yang penting remaja jangan panik dan buat perkara yang merbahaya seperti penggugguran haram atau lari dari rumah.
20.05.2010 15:37:28
Topic:
Hubungan Seksual

azie
azie
Posts: 5
dr...nak tanya...kalau seseorag remaja tu dah terlanjur pastu da mengandung, apa tindakan yg perlu remaja tu buat ye...?...pastu kan...kalau family dia tak boleh nk terima dia lagi...kt mana remaja tu nk pergi....?
20.05.2010 11:16:48
Topic:
Masalah senggugut

DrHamizah
DrHamizah
Posts: 6
Salam kepada Nor.
Sakit di ari-ari boleh disebabkan oleh beberapa faktor.Antaranya jangkitan di saluran kencing, sembelit dan masalah sakit puan yang lain seperti ketumbuhan di ovari/rahim atau jangkitan di kawasan peranakan. Eloklah berjumpa doktor untuk pemeriksaan, manalah tahu kot-kot ada masalah kesihatan yang perlu dirawat. Tetapi untuk remaja yang aktif, kadangkala disebabkan oleh sakit-sakit otot je, terutama selepas senaman angkat kaki!.
19.05.2010 15:28:05
Topic:
Masalah senggugut

nor
nor
Posts: 3
Saya alami masalah sakit-sakit di bahagian rahim, sedangkan saya tidak period waktu itu. kalau tekan-tekan di bahagian tue terasa sakit.
19.05.2010 15:24:36
Topic:
Hubungan Seksual

nor
nor
Posts: 3
DrNorlee wrote:
azie wrote:
dr...saya nak tanye...jangkitan hiv boleh berjangkit dari ibu kepada bayi melalui susu ibu...adakah org dewasa juga boleh mendapat jangkitan ini melalui susu ibu juga?

hai adik Azie,
wah nampaknya adik ni kreatif. Adik ingin tahu adakah orang dewasa boleh mendapat jangkitan HIV melalui penyusuan ibu. Tentulah boleh , tetapi lazimnya hanya bayi dan kanak-kanak sahaja yang menyusu susu ibu. Ya virus HIV dapat berjangkit melalui susu ibu. Walaupun jumlah nya sedikit tetapi masih boleh.
19.05.2010 10:43:43
Topic:
Hubungan Seksual

DrNorlee
DrNorlee
Posts: 1
azie wrote:
dr...saya nak tanye...jangkitan hiv boleh berjangkit dari ibu kepada bayi melalui susu ibu...adakah org dewasa juga boleh mendapat jangkitan ini melalui susu ibu juga?

hai adik Azie,
wah nampaknya adik ni kreatif. Adik ingin tahu adakah orang dewasa boleh mendapat jangkitan HIV melalui penyusuan ibu. Tentulah boleh , tetapi lazimnya hanya bayi dan kanak-kanak sahaja yang menyusu susu ibu. Ya virus HIV dapat berjangkit melalui susu ibu. Walaupun jumlah nya sedikit tetapi masih boleh.
18.05.2010 14:15:08
Topic:
Hubungan Seksual

azie
azie
Posts: 5
dr...saya nak tanye...jangkitan hiv boleh berjangkit dari ibu kepada bayi melalui susu ibu...adakah org dewasa juga boleh mendapat jangkitan ini melalui susu ibu juga?
18.05.2010 14:13:11
Topic:
Hubungan Seksual

azie
azie
Posts: 5
moderator wrote:
nurul, setiap perempuan yang melakukan hubungan seks mempunyai kemungkinan untuk hamil walaupun dengan sekali melakukannya. Ianya bergantung kepada kitaran haid atau kesuburan perempuan tersebut.
edited by spadmin on 3/31/2010
13.05.2010 10:25:11
Topic:
Masalah senggugut

DrHamizah
DrHamizah
Posts: 6
Masalah keputihan? Biasalah tu jika seorang gadis mengalami pengeluaran discaj vagina atau keputihan. Itu menandakan gadis itu normal, mempunyai tindakbalas semulajadi hasil tindakan hormon estrogen dan progesteron ke atas sistem peranakannya. Tetapi awas, ada discaj yang tak normal juga, iaitu discaj yang terlalu banyak disebabkan oleh jangkitan kuman atau kulat. Discaj yang normal berwarna putih cair (whitish,clear discharge), tidak berbau busuk dan tidak gatal. Ianya banyak ketika waktu subur iaitu ketika ovulasi berlaku (kita perempuan boleh bertelur!), dimana ia berwarna seperti putih telor, seterusnya menjadi tambah pekat sehingga haid datang. Ada orang discajnya lebih banyak sikit dari orang lain...macam setengah orang yang berpeloh lebih banyak dari orang lain...tapi masih normal lagi. Nak tau warna sebenar discaj anda? Lap menggunakan tisu putih di kawasan kemaluan tu dan terus lihat warnanya di atas tisu itu. Discaj ini, kalau dibiarkan di seluar dalam akan berubah menjadi kuning jika kering. Harap adik mencubanya.

Salam mesra dari Dr Hamizah.
edited by DrHamizah on 13.05.2010
11.05.2010 11:35:44
Topic:
masalah kulit

DrHamizah
DrHamizah
Posts: 6
Salam kepada Nor,
Masalah jerawat memang biasa tejadi kepada remaja. Ia adalah berkaitan dengan keturunan dan jenis kulit. Jerawat menyebabkan masalah psikologi dan parut di muka yang berkekalan. Untungnya pada zaman ini berbagai ubat telah ditemui untuk merawat jerawat walau seteruk manapun. Adik boleh berjumpa dengan mana-mana doktor yang berpengalaman dalam rawatan jerawat, tak semestinya seorang pakar kulit. Klinik kafe@TEEN juga mempunyai kemudahan tersebut. Ubat jerawat terdiri dari krim malam dan siang, pencuci dan antibiotik jangka panjang.Kadangkala memerlukan ubat vitamin A jenis pil yang perlu pengawasan pakar. Perubahan positif hanya dapat dilihat selepas 2 minggu, jadi adik tidak harus cepat putus asa. Bagi jerawat yang teruk, mungkin mengambil masa 3 bulan lebih. Kesan negatif jerawat tidak harus dipandang ringan. Segeralah berjumpa doktor untuk rundingcara supaya adik benar-benar faham cara perawatan jerawat yang sebenarnya. Masalah parut boleh dirawati kemudian apabila adik lebih dewasa dan berkemampuan kerana rawatan seperti laser dan 'chemical peeling' adalah sangat mahal.Jika membeli ubat di kaunter sahaja, kesannya hanya untuk sementara dan mungkin akan menambahkan kekecewaan diri nanti.

Selamat mencuba rawatan di klinik kafe@TEEN.

Dr Hamizah.